Sunday, 17 March 2013

kembali

17/03/2013/10:36
assalamualaikum..

kembali.....
yang hidup pastikan akan mati..dan pasti akan kembali kepada Dia Sang Pencipta jasad ini..
Ya Allah..
ingin aku kembali kepada fitrah insani..jujur tak sanggup untuk aku pergi jauh dengan dunia 
yang penuh rajau penuh dosa dan nafsu durjana..
wahai Tuhan Yang Maha Pengasih ..
ampunilah segala dosaku laksana buih di laut memutih hanyut ditelan gelombang nafsu..
hari-hari yang telah aku lalui..seperti ingin aku tinggalkan dan tak ingin aku kembali lagi biar ia hilang dari ingatan..
Ya Allah..
mungkinkah Kau terima taubatku..ampunkan aku Ya Allah..
sesungguhnya di akhirnya nanti aku akan kembali jua kepada Mu..
bila sendiri..aku memandang langit Ilahi...Allah Kau sedang lihat aku kan??
timbul persoalan di hati..Allah adakah Kau pandang aku dengan kasih sayang Mu sedangkan
aku selalu melupakan Mu..saat aku senang aku sentiasa melupakn Mu..
Ya Allah aku malu..malu dengan Mu aku sentiasa meminta dalam doaku..dlm sujud terakhirku..
sentiasa meminta sedangkan aku sering melupakan Mu..
Allahurabbi..kejamnya aku...
Allah..
ku ingin menCintai MU..aku ingin menyayangi Mu setulus hati ku..
Allah ku ingin penuhi segenap ruang hatiku hanya dengan mencintai Mu..
jujur sering aku berjalan sendirian..dan aku akan tersenyum..kerana ku tahu Kau sedang memerhati dan menemani di setiap langkah yang di aturkan...
Allah walapun sehingga sekarang aku sendiri..diri ni tetap bahagia kerana Ada Kau dalam hatiku..
ada Cinta untuk Mu Ya RABB ^____^
Cukupla Allah bagi ku..
Cukupla Cinta Mu menemaniku...
biar aku sendiri tanpa Cinta manusia asal Ada cinta dari Mu menemani ku..

Cinta Allah..... :')



2 comments: