Thursday, 10 January 2013

salam Tahajjud..~~ indahnya berpurdah ~~


11/01//13/2:46am

assalamualaikum...

nur ada suatu keinginan, keinginan yang da lame terpendam cuma belum ada kekuatan untuk menyempurnakan..
hari tu nur pergi kedai jubah, bila nur pergi nampak jubah putih hati nur mesti jadi sayu Allahurabbi hanya Allah yang tahu hati nur,nur teringin nak beri jubah tu pada seseorang moga Allah mengizikan nur aminn...
sambil2 tgk tu nur terpandang niqab/purdah Allahurabbi hati nur rase sayu sangat2...nur pergi kat niqab tu..nur mintak izin tuan kedai tu untuk cuba..
Allah tu je yang nur mampu ucapkan bila nur pakai niqab tu..nur menangis tiba2 xtahu knp..Allah hanya tu yang nur berulang2 nur ucapkan..
nur rasa sesuatu bila nur berniqab, sesuatu yang buatkan nur tenang,damai dan terpelihara..
Ya Rasulullah sungguh indah Sunnah Mu...
Ya Allah berilah nur kekuatan..in shaa Allah jika diizinkan bakal imam nur nanti,nur nak berpurdah lepas nikah in shaa Allah moga Allah beri nur kekuatan dan kurniakan nur imam yang soleh aminn Ya Rabb :')

(doaku)

Ya Allah....
 jadikan aku wanita solehah yang mendambakan hanya Cinta dari MU ...
Ya Allah....
berikan aku Nur Hidayah Mu agar aku tak tersungkur dalam kehidupan yang gelap dengan noda dosa..
Ya Allah....
izinkan aku terus menCintai Mu melebihi apa yang ada di dunia ini..
Ya Allah..
hadirkan seorang insan yang mendambakan Cinta dan syahid di jalan MU..
Ya Allah...
Kurniakan aku keManisan iman agar ku punya hati yang tenang..
Ya Allah...
sesungguhnya Hanya Pada Mu..
kusandarankan sebuah Cinta dan Harapan...
Dan...
sesungguhnya Ya Allah..aku adalah hamba yang mendamba Cinta daripada Mu..
amiinn aminn Ya Rabbal alamin...
~hati seorang nur~







Tuesday, 8 January 2013

~ Demi Cinta Allah ~


08/01/13/11:39pm

:::♥ DEMI CINTA ALLAH ♥:::

♥ "Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasa Mu, hulurkan pertolongan Mu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayah Mu untuk aku terus di jalan Mu. Ya Allah! Aku memohon keampunan daripada Mu." ♥

Aamiin ya Rabb...

~nota hati~
"Biar aku sepi sendiri
tiada cinta insani yang menemani...
Asalkan aku tidak sepi
dari kasih-Nya
kerana aku ingin mencari
dan terus mencari
cinta ILAHI...

semakin ku hampir semakin KAU menyayangiku


08/01/13/08:56pm


Duhai Allah Kekasih Hatiku
semakin aku menghampiri semakin Kau mengujiku..
aku tabahkan hati..aku kuatkan diri agar tak berputus asa..
jika ujian mendatang,lantas aku berbisik di hati..
"aku tahu Allah menCintaiku kerana itu Dia sering mengujiku.."
Duhai Allah Kekasih Hatiku
biarla air mata ini mengalir kerana takut akan azab seksaan Mu
bukan mengalir air mata ini untuk sesuatu yang sia-sia..
Allah dalam sujudku mengalir air mata kerinduan terhadap Mu
maka Ya Allah sapula air mata ini dengan nur Hidayah MU..
agar aku tak tersesat dalam ke gelapan yang menghancurkan aku...
Duhai Allah Kekasih Hatiku
semakin aku menghampiri semakin Kau mengujiku..
kerana aku itu tanda Kau mencintaiku..
redhakan aku...
agar aku tak berpaling lagi...
aminn Ya Rabbal Alamin.....


=_="


08/01/13/05:08pm

assalamualaikum...
mmm..hari ni nur marah sangat2 kat seseorang tu...mengigil badan nur..
tanpa sedar nur menangis..nur bila marah nur akan menagis... :'(
mmmm itula nur..dan kalau marah pun nur tak akan marah lama2 sebab nur xsampai hati, walaupun bukan salah nur, nur tetap jugak mintak maaf..
tak apa orang tak jaga hati nur..asalkan nur jaga hati orang, bia hati nur yang terluka jangan hati orang lain yang terluka..kannnn :')
mak cakap hati nur lembut..yeke? "mak, mak penah rasa hati adik ke?) heheheh ;)

Ya Allah terima kasih bagi hati yang sangat lembut untuk memaafkan :)
syukran Ya Allah ^_^


Monday, 7 January 2013

thesis yang menyerabutkan =_="



07/01/13/05:15pm

assalamualaikum my dear dairy :)
ha..nur baru pas siap buat thesis aduhai susah tapi alhamdulillah buat ngan kawan2 senangla sikit hehe :p
tgk tulisan nur tu burukkan tapi nasib baikla kena typing lau x memang rendah la markah nur heheh :)
ok tu hf nur hf biasa je hf tu da  banyak kali jatuh n kena baling kesian diakan hehhe :p
nokia terbaik... :)
dari pagi kiteorang buat tau makan pun kena cepat2 hehhe..
dalam fikiran ni bz pun teringt dia aduhai hati dan fikiranku kesiaknla daku tuan mu heheh :p
pape pun  nur akan cuba lupakan dia..nur pun nak bahagia..amboi mcm lagu "aku yang tersakiti" heheh :p
ok pas ni nak kuar cari barang untuk projek video..n kuar buat photoshoot...
wish me luck aminn ALLAH always with me in shaa Allah ^_^
ALLAH ku mohon kuatkan hati ku..kuatkan diriku aminn ya rabbal alamin
assalamualaikum my dear dairy :')


Sunday, 6 January 2013

Allah izinkan aku mencintai MU

Allah kadang ujian dari MU menggoyahakan kekuatanku...
terasa  diri lemah  terjatuh tak berdaya bangun semula...tapi Ya ALLAH hatiku berbisik...berbisik menyatakan KAU sentiasa bersama hamba MU di setiap saat dan ketika...
terkadang aku tersenyum sendiri..kerana ku tahu ada KAU yang memerhati...
ada KAU yang sentiasa menemani di setiap langkah kaki ku..
Allah..
hatiku sentiasa berbisik,berbisik nama MU tanpa jemu..kerana KAU adalah KEKASIH hatiku dambaan Qalbuku.
Allah biar malam pertemukan kita..suatu pertemuan dikala seluruh manusia lena dalam mimpi indah..
ku sujud memohon keampunan dari MU kala air mataku menitis dalam sujudku KAU sapu dengan kasih hidayah MU..kau terangi malam gelap pekat ku dengan cahaya Iman MU..
Allah...
sungguhku merindui MU..
Allah izinkanlah aku mencintai MU melebih segala yang ada di dunia ini..
Allah..
sungguh KAU selayak layaknya untuk Dicintai......

:::MENCARI YANG SEMPURNA? KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH:::

:::MENCARI YANG SEMPURNA? KESEMPURNAAN HANYA MILIK ALLAH:::

Bila kamu telah bertemu dengan seorang INSAN,
Yang bagimu telah pasti boleh membawa kebaikan kepada dirimu menyayangimu mengasihimu dan mencintaimu…
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba membandingkannya dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN,
Kelak dia akan berjauh hati dan kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain,
Kamu juga yang akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi kerana dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu dan ketika itu tiba tiada guna lagi ruang dalam hatinya buat kamu…
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan kelemahannya sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…

Kita akan BAHAGIA,BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA!!
Kita juga tidak sempurna jadi mengapa harapkan insan yang sempurna sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini…
Setiap yang bernama manusia itu mempunyai kelemahan…mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu dan memberi peluang kepadanya berubah dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN…
Itulah PASANGAN saling melengkapi…

Apa yang utama ialah mencintai ILAHI dengan mencintai Ilahi…pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…

Mencari yang sempurna…SEMPURNAKAH dirimu??
Tepuk dada tanyalah IMAN…

Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati apa yang pasti kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan…
Cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA syukur di atas segalanya…
Hargailah kekurangnanya untuk MENGGAPAI bahagia dan cintailah dia dengan segala kekurangannya untuk menggapai Ridha-Nya..

Ingatlah...Kesempurnaan Hanya Milik Allah.

✿::: Cinta Bermula Dengan Akidah "iman" :::✿

✿::: Cinta Bermula Dengan Akidah "iman" :::✿

Ramai yang tercari – cari cinta sejati untuk kekal abadi, saling sayang menyayangi sampai kemati dan tak pernah putus berdoa moga dapat yang soleh / solehah. Tetapi berapa ramai yang berusaha untuk soleh / solehahkan diri itu, untuk menggapai impian memiliki calon soleh / solehah?

Jika kita berusaha menjadi soleh / solehah insyaAllah, pasti akan muncu
l impian dihati iaitu

“Memiliki cinta soleh solehah kekal abadi”.

Ingat JADI SOLEH / SOLEHAH bukan cari SOLEH / SOLEHAH. Yakinlah janji Allah melalui firman-Nya:

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat,
dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat
dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik,
dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan- perempuan yang baik.
Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk)
yang dikatakan oleh orang- orang (yang jahat)
mereka (yang baik) itu akan beroleh
pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.

surah An-Nur - Ayat 26

Wanita yang solehah tetap menjadi idaman semua lelaki, khususnya lelaki yang beriman. Malah, lelaki yang jahat sekalipun , tetap inginkan wanita solehah sebagai pasangan hidup. Apa nak dihairankan, bukankah si pengotor pun sukakan kebersihan?

Kita harus malu kepada Allah dan diri kita sendiri, jika kita inginkan jodoh yang baik sedangkan diri kita tidak baik. Kekadang rasa sedih apabila seorang pemuda yang tunggang langgang, kaki botol, peleseran, berjudi dan lain² perbuatan maksiat tetapi bila nak berumah tangga minta ibu carikan wanita solehah di kampung. Mesti lahir dihati nak bina rumah tangga bahagia dan dengan insan yang boleh membimbing diri kejalan sempurna. Walaupun usaha mencari pasangan yang soleh @ solehah itu dimiliki, tetapi impian dan hasrat tidak akan tercapai kerana diri sendiri tidak berusaha untuk memiliki AKIDAH “iman”.

Iman mestilah dijadikan persoalan teras dan asas dalam sebuah keluarga. Ini sewajarnya menjadi dorongan utama untuk berumah tangga. Tujuan berumah tangga hendaklah difokuskan semata – mata untuk mendapat keredhaan Allah. Oleh kerana itulah Rasulullah S.A.W berpesan bahawa pilihlah pasangan hidup dibuat atas dasar kepatuhan agama.

Sesiapa yang mematuhi pesanan Rasulullah S.A.W ini secara automatik telah menjadikan iman “akidah” sebagai dasar rumah tangganya. Dia telah meletakkan kepentingan Allah dan Rasul mengatasi kepentingan diri. Mungkin dia sendiri inginkan calon yang cantik @ kacak dan berharta tetapi kerana patuhkan Rasulullah S.A.W itu dia memilih pasangan yang taat pada agama.

Mendirikan rumah tangga sering disamakan dengan mendirikan masjid. Masjid adalah “rumah” Allah, maka begitulah juga rumah tangga yang dibina atas nama Allah, ia umpama sebuah masjid yang didalamnya suami, isteri dan anak² akan menegakkan hukum Allah.

“Nampak tak disini perlunya cinta bermula Akidah ? “

Ok cuba kita renung lagi,
Jika berlaku sesuatu yang kusut dalam rumah tangga, maka dengan mudah ia dapat diungkai kerana suami dan isteri akan merujuk kembali kepangkal penyatuan mereka iaitu ALLAH. Dengan nama Allah mereka bertemu “kahwin”, maka kepada Allah jualah mereka merujuk segala masalah sepanjang berumah tangga.

Jika berlaku ujian kesusahan atau yang tidak diingini, sikap menyalahkan orang lain kurang berlaku kerana masing² melihat kelemahan diri sendiri sebelum menunding jari kepada orang lain sebaliknya berusaha mengatasi mengikut kaedah dan jalan yang diredhai oleh Allah. Sifat² BURUK dapat diatasi keparas paling minimum bukan hanya untuk dapat keredhaan suami @ isteri tapi masing² buat kerana Allah.

Misalnya, isteri mampu mentaai suami walaupun ketaatannya mungkin tidak dihargai tapi isteri berbuat demikian bukan mengharap balsan suami tetapi semata-mata Allah.

Renungan bagi yang susah hati:
Biar terlajak usia, jangan tersalah pilih… Kelak takut terjadi macam “Cinta Alim² kucing | Diari Seorang Isteri Yang Solehah |

Persoalan difikiran Mat Romeo :

Apakah caranya mencari calon tu ? Bolehkah memilih ?
“Untuk dapat isteri solehah, jadilah diri itu seorang calon suami yang soleh.” Boleh memilih, pilih jalan yang terbaik. Hehe! “Cuba cari ciri² seorang suami yang soleh… dan bina semua ciri² itu pada diri kita. Muhasabah diri soal hati adakah ikhlas kerana Allah bukan semata² untuk memiliki CINTA SOLEHAH tapi ikhlas kerana Allah… Ukur iman dan Takwa “. Cara ini lebih mudah dari kita berusaha mengukur iman dan takwa orang lain… .

Adakah jaminan cara ini lebih cepat memiliki insan Solehah ?
Maksud disini bukan bererti CEPAT, tapi mungkin lebih TEPAT kerana cara begini ada banyak kelebihannya…

Kalau macam tu, terpaksalah saya hentikan dari mencari wanita SOLEHAH demi berusaha menjadi lelaki yang soleh , begitu ?

Tak begitu, Cuma lebihkan usaha menjadi lelaki yang soleh, sambil itu teruskan usaha mencari yang Solehah. Tapi berpada²lah dengan piawaan solehah awak tu, jangan terlalu tinggi takut nanti tak tercapai. Cukuplah dengan sederhana… kerana mungkin sebelum kahwin tahap SOLEHAHnya rendah sedikit, tetapi bila diri kita dah diperkuatkan dengan Akidah “Iman” menjadi seorang pemimpin, tahap solehahnya insyaAllah akan meningkat… Apa² pun, mestilah lebih ketat dalam menilai diri sendiri. Jangan ambil mudah soal iman dan takwa. Letakkan piawaan yang tinggi pada diri sendiri dulu.

Bagaimana mereka yang dah berumah tangga ? Bolehkah guna lagi kaedah ini ?
Apa yang baik, ambilah dan buang yang keruh… Sama² perbaiki diri.. APA YANG PENTING KERJASAMA ANTARA SUAMI ISTERI semoga tercapai impian bina SINARMAWADDAH
“sinar kasih sayang” keluarga bahagia itu.

Aamiin…

p/s:

" Jika kamu inginkan kejayaan di DUNIA, hendaklah dengan ILMU,,.. jika kamu inginkan kejayaan di AKHIRAT,hendaklah dengan ILMU..dan jika inginkan kejayaan pada kedua duanya.. hendaklah juga dengan ILMU."

- Imam Syafi'e..