Sunday, 3 March 2013

sendiri...

assalamualaikum

3/3/13/4:26pm

tak tahu apa yang hati ni rasa sekarang...kadang2 rasa sunyi..kadang2 rasa sedih...
kadang terfikir apa sebenarnya hati dan diri ni nak...orang yang pernah hadir dalam hidup nur semua da bahagia..moga jodoh mereka hingga ke Jannah InshaAllah :')
maksud nur bukan ber"couple" dgn mereka tapi hanya mengenali...jodoh rahsia Allah kite sendiri tak tahu sape jodoh kitakan....hanya Allah yang tahu...tunggu je bila sampai waktu pasti Allah akn pertemukan...2 hati..bila berfacebook mesti hati nur jadi sayu..huhuhu tak tahu kenapa..kadang2 apa yang kita rasa baik untuk kita...kadang bukan yang terbaik sebenarnya hanya Allah je yang tahukan apa yang terbaik buat hamba Nya...kadang terfikir..aku ada Allah kenapa aku nk rasa sunyi lagi...mungkin kerana tiada cinta insani??? tak ku harap tak ku impi ia datang..biar sendiri hingga keakhirnya aku tetap bahagia..kerana aku ada Allah.. ^_^
tak apa tiada teman sejati asalakan Al-quran sentiasa di sisi...peneman saat aku kesedihan mahupun keseorangan..Allah maha  tahu apa yang hati ni rasa..apa diri ni lalui..aku belajar setia dari mereka yang mengkhianati ku..aku belajar kuat dari mereka yang menjatuhkan ku...aku belajar senyum dari mereka yang melukakan ku...buat mereka kenali aku bukan menilai siapa  aku............

sambil menaip sambil dengar lagu ni :)


yasin rindu pada mu

Tiada sehari yang berlalu

Tanpa ku mengingati Mu
Rindu pada Mu
Sentiasa mendambakan
Kasih dan sayang Mu
Semalam aku bermimpi
Dalam hujan ku berlari
Berlari mencari
Memangil-manggil nama Mu
Nama Mu yang sempurna

Kuharap dan kuberdoa
Semoga dapat bersua denganmu

Tiada kata yang dapat ku gambarkan
Perasaan yang ku alami
Cinta ku ini tiada berbelah bagi
Cinta yang suci dan abadi

Apakah aku diterima
Atau kau kan membiarkan saja
Kerana ku berdosa
Jangan biarkan ku terhina
Ku merayu pada mu

No comments:

Post a Comment